![]() |
| Gambar ni kami ambil masa dekat Kyoto. Kagum sangat tengok dia sebab boleh turun naik bukit bawak pelanggan dengan rickshaw dia nie. Kuat betul pinggang. hahaha. |
Baru-baru ni kami suami isteri travel ke Jepun. Disebabkan takde keluarga terdekat yang boleh hantar ke KLIA, we both decide untuk parking kereta dekat tempat kerja saya (Presint 19) dan naik teksi ke Putrajaya Sentral kemudian naik KLIA Express terus ke KLIA. Kos? Tengok bawah.
Teksi : RM17.00
KLIA Express : RM9.40/person = RM18.80
Itu kos naik teksi Putrajaya dari Presint 19 ke Putrajaya Sentral dengan jarak hanya 12 km (13 minit) kalau ikut jalan paling dekat. Rate 1.5 kalau tak silap sebab masa tu dah pukul 6 petang.
Balik dari Jepun pun kami guna pengangkutan awam yang sama. Flight touch down jam 3.00 pagi so kami tunggu sampai 5.30 pagi baru kaunter tiket KLIA Express buka. Kos yang sama untuk KLIA Express.
KLIA Express : RM9.40/person = RM18.80
Teksi : RM2 + RM13.00 = RM15.00
Sampai Putrajaya Sentral kami terus ke kaunter teksi and bayar RM2 sebelum dapat teksi ke Presint 19 dengan kos RM13.00 sahaja. Rate rendah sikit sebab pagi dalam pukul 6 lebih. Jadi jumlah keseluruhan kos pergi balik ke KLIA untuk dua (2) orang dengan menaiki teksi dan KLIA Express ialah
.
.
.
RM69.60
.
.
.
Bolehlah...asalkan tak susahkan keluarga. Hahaha.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan