Halaman

Jumaat, September 28, 2012

Bajet, bajet dan bajet

Alhamdulillah..dah dapat kenaikan gaji untuk tahun 2012 (^_^) Walaupun lama tunggu tapi ianya satu penantian yang tidak sia-sia. InsyaAllah. Tapi bajet tetap bajet. Istilah membazir sedaya upaya dielakkan. Memang sangat tergoda bila tengok rakan sekerja semua dah beli handphone baru...android phone...oh hati...sabarlah dengan semua dugaan duniawi ni. So, sekarang tengah memotivasikan diri dengan buka laman web Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)...www.akpk.org.my . Di sini memang banyak info berguna dan nasihat-nasihat yang boleh diambilpakai bagi memastikan kewangan anda berada di jalan yang betul.

By the way, sekarang aku dah ambil langkah untuk buat simpanan di ASB setiap bulan..sebelum buat apa2 dengan gaji aku, langkah pertama simpan RM100.00 di ASB. Di Tabung Haji dah auto deduct...hehe...Semua ini untuk masa depan dan kegunaan di masa-masa kecemasan.

Hidup kalau tiada impian umpama terbang tanpa arah tujuan. Aku ada banyak impian...ada list lagi..hehe...cer tengok list yang aku baru buat baru-baru nie (^_^)

  • pergi menunaikan haji bersama suami, mama dan abah
  • pergi menunaikan umrah bersama suami, mama dan abah
  • beli mesin basuh auto (cash..xnak hutang)
  • beli handphone baru (tak kisah lah samsung ke...nokia ke...hehe)
  • pergi melancong ( sabah, batam, pulau perhentian)
  • etc...
InsyaAllah semua impian ini akan aku capai...AMIN..(yang penting bajet menjadi)

Jumaat, September 21, 2012

Pelengkap Hidup Kami

35 minggu...umur kandungan aku ketika melahirkan anak kami. Premature birth...yup. Anyway...aku bersyukur sangat2 ke hadrat Ilahi kerana telah melahirkan seorang bayi yang sihat pada jam 11.30 pagi 15hb Jun 2012 (Jumaat). Alhamdulillah...(^_^) AMEER ASHRAF...amanah kami..
I'm a BOY!
Hehe...by the way, rancangan aku untuk simpan sel stem AMEER telah gagal atas sebab2 tertentu...KECEWA!