Sedar x sedar sudah masuk bulan ke-10 umur perkahwinan aku...dan sedar x sedar kehamilan aku telah mencecah bulan ke-6...(^_^)Selepas berkahwin aku mula sedar bukan senang nak mengawal perbelanjaan keluarga kalau tiada perancangan @ bajet bulanan. Sekarang pun aku masih belajar cara hidup yang sihat dan cermat. Nasib baik ada laman web yang berguna di mana kita boleh dapatkan tips2 untuk merancang dan mengawal perbelanjaan bulanan. Tidak kiralah perbelanjaan semasa jadi pelajar, masih bujang atau telah berkahwin..semua ada. Kepada yang berminat boleh lah melayari laman web tersebut...www.akpk.org.my Perkara pertama yang aku buat adalah mengira sama ada nisbah hutang sekarang melebihi 40% dari pendapatan aku atau tidak. Cara kiranya macam ini:-
Gaji (kasar) - RM1,564.00
Pembayaran Balik Bulanan :-
1) Sewa beli kereta - RM482.00
2) Personal Loan - RM203.00
3) Pinjaman Pelajaran - RM100
4) Broadband - RM51.00
Jumlah = RM836.00
Kiraan Nisbah Hutang Kepada Pendapatan
RM836.00 x 100% = 53% (telah melebihi 40%)
RM1,564.00
Bila sudah jadi macam ini, aku mula ambil langkah drastik iaitu JANGAN TAMBAH HUTANG lagi!!!Aku kena belajar hidup dengan duit yang sedikit. Bukan jadi kedekut ok...tapi belajar mengurus duit demi menyimpan untuk masa hadapan (^_^)