Halaman

Rabu, Disember 12, 2012

Jom Makan Buah!!!

Selasa lepas kami ke Presint 2, Putrajaya di Laman 1 Malaysia untuk sertai program Jom Makan Buah. Buah apa lagi mestilah DURIAN...(^_^)...Bayar RM15.00 seorang dan boleh makan buah durian, manggis dan rambutan. Rasa tiada had masa..so, duduklah situ makan buah berapa lama pun. Sebab ada bawa baby, kenalah kami makan gilir2 dukung anak...lepas nie dah kena beli stroller..mudah sikit.
 
Botol susu tu x masuk k..hehe...

 
Memang seronok dan dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga lagi...I LOVE YOU MY HUBBY (^_^).

Jumaat, September 28, 2012

Bajet, bajet dan bajet

Alhamdulillah..dah dapat kenaikan gaji untuk tahun 2012 (^_^) Walaupun lama tunggu tapi ianya satu penantian yang tidak sia-sia. InsyaAllah. Tapi bajet tetap bajet. Istilah membazir sedaya upaya dielakkan. Memang sangat tergoda bila tengok rakan sekerja semua dah beli handphone baru...android phone...oh hati...sabarlah dengan semua dugaan duniawi ni. So, sekarang tengah memotivasikan diri dengan buka laman web Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)...www.akpk.org.my . Di sini memang banyak info berguna dan nasihat-nasihat yang boleh diambilpakai bagi memastikan kewangan anda berada di jalan yang betul.

By the way, sekarang aku dah ambil langkah untuk buat simpanan di ASB setiap bulan..sebelum buat apa2 dengan gaji aku, langkah pertama simpan RM100.00 di ASB. Di Tabung Haji dah auto deduct...hehe...Semua ini untuk masa depan dan kegunaan di masa-masa kecemasan.

Hidup kalau tiada impian umpama terbang tanpa arah tujuan. Aku ada banyak impian...ada list lagi..hehe...cer tengok list yang aku baru buat baru-baru nie (^_^)

  • pergi menunaikan haji bersama suami, mama dan abah
  • pergi menunaikan umrah bersama suami, mama dan abah
  • beli mesin basuh auto (cash..xnak hutang)
  • beli handphone baru (tak kisah lah samsung ke...nokia ke...hehe)
  • pergi melancong ( sabah, batam, pulau perhentian)
  • etc...
InsyaAllah semua impian ini akan aku capai...AMIN..(yang penting bajet menjadi)

Jumaat, September 21, 2012

Pelengkap Hidup Kami

35 minggu...umur kandungan aku ketika melahirkan anak kami. Premature birth...yup. Anyway...aku bersyukur sangat2 ke hadrat Ilahi kerana telah melahirkan seorang bayi yang sihat pada jam 11.30 pagi 15hb Jun 2012 (Jumaat). Alhamdulillah...(^_^) AMEER ASHRAF...amanah kami..
I'm a BOY!
Hehe...by the way, rancangan aku untuk simpan sel stem AMEER telah gagal atas sebab2 tertentu...KECEWA!

Selasa, April 03, 2012

Aku Dalam Dilema Kewangan - Simpanan Darah Tali Pusat Bayiku

Berikutan dari kira-kira nisbah hutang kepada pendapatan aku yang lepas, aku mula berfikir semula sama ada aku patut meneruskan hasrat untuk membuat simpanan darah tali pusat anak pertama aku di Bank Darah Tali Pusat (swasta). Walaupun aku sedar kepentingan simpanan tersebut, aku meragui kemampuan kewangan aku sendiri. Simpanan darah tali pusat tersebut adalah sebagai persediaan awal untuk anak aku sekiranya dia menghadapi sebarang penyakit berkaitan dengan darah. Bukan aku pinta tetapi aku ingin `sediakan payung sebelum hujan'. Lagipun simpanan tersebut turut boleh membantu adik-beradiknya sekiranya perlu. Malah prosidur pengambilan dan penyimpanan darah tali pusat tersebut langsung tidak akan menyakitkan aku dan bayi. Semua prosidur doktor yang jalankan, aku cuma perlu bawa kit yang diberi semasa bersalin dan serahkan pada doktor. Setelah mendapat penerangan dari konsultan syarikat swasta yang menawarkan khidmat tersebut, berikut adalah kos yang perlu aku jelaskan:-

Yuran Pendaftaran - RM2,500.00

*cara bayaran ada dua - a) bayar penuh atau
                                      b) bayar ansuran (bulanan)

so, aku pilih bayar ansuran sebab isu kewanganlah..(^_^) Bila pilih bayar ansuran, kira-kira dia jadi macam nie

Sain Kontrak - RM300.00
Bulanan       - RM185.00

Ansuran bermula pada bulan pertama kelahiran bayi aku sehingga umurnya setahun. Tapi hanya jika darah tali pusat tersebut berjaya disimpan. Maksudnya kalau ia selamat sampai ke makmal, tiada pencemaran dan selamat disimpan di bank darah tali pusat. Sekiranya gagal, RM300.00 yang dibayar dahulu akan dipulangkan dan aku akan dibayar pampasan jika darah tali pusat gagal disimpan disebabkan salah pihak syarikat tersebut. Kedengaran okay kan? Jadi.....aku tengah fikir2...dan keputusan akhir ialah...SUAMIKU, AWAK JELAH YANG BAYAR BAYARAN BULANAN TU YE...hehehe...INSYAALLAH (^_^)

Sabtu, Mac 31, 2012

Hidup Dengan Berjimat Cermat

Sedar x sedar sudah masuk bulan ke-10 umur perkahwinan aku...dan sedar x sedar kehamilan aku telah mencecah bulan ke-6...(^_^)Selepas berkahwin aku mula sedar bukan senang nak mengawal perbelanjaan keluarga kalau tiada perancangan @ bajet bulanan. Sekarang pun aku masih belajar cara hidup yang sihat dan cermat. Nasib baik ada laman web yang berguna di mana kita boleh dapatkan tips2 untuk merancang dan mengawal perbelanjaan bulanan. Tidak kiralah perbelanjaan semasa jadi pelajar, masih bujang atau telah berkahwin..semua ada. Kepada yang berminat boleh lah melayari laman web tersebut...www.akpk.org.my Perkara pertama yang aku buat adalah mengira sama ada nisbah hutang sekarang melebihi 40% dari pendapatan aku atau tidak. Cara kiranya macam ini:-

Gaji (kasar) - RM1,564.00

Pembayaran Balik Bulanan :-

1) Sewa beli kereta - RM482.00
2) Personal Loan     - RM203.00
3) Pinjaman Pelajaran - RM100
4) Broadband          - RM51.00

Jumlah = RM836.00

Kiraan Nisbah Hutang Kepada Pendapatan


RM836.00      x 100%     = 53% (telah melebihi 40%)
RM1,564.00


Bila sudah jadi macam ini, aku mula ambil langkah drastik iaitu JANGAN TAMBAH HUTANG lagi!!!Aku kena belajar hidup dengan duit yang sedikit. Bukan jadi kedekut ok...tapi belajar mengurus duit demi menyimpan untuk masa hadapan (^_^)