Assalamualaikum. Saya nak cerita sedikit tentang krisis pemulihan yang akan dilalui oleh sesetengah orang iaitu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom2 ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit2 yg pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi utk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yg lebih lama utk pulih.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yg telah tertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yg lama - sisa2, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet takseimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu meningkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ2 kita.
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yg keruh, berasa hangat, berpeluh, dll. Simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.
.jpg)










