Halaman

Isnin, Ogos 08, 2011

Petua Mengharumkan Badan (masalah ketiak berbau)

Bagi wanita...soal bau badan adalah isu yang sangat sensitif. Bau badan yang tidak enak boleh merosakkan imej seseorang wanita. Tidak kiralah wanita itu berkerjaya atau seorang surirumah tangga. Bau badan yang tidak enak boleh merosakkan hubungan sesama rakan sekerja dan di antara suami isteri. Oleh itu, di sini saya mencadangkan satu kaedah yang sangat mudah dan praktikal untuk diamalkan iaitu :

Ambil sebiji limau nipis dan belah kepada 2 bahagian. Selepas itu, gosokkan belahan buah limau nipis tersebut dibawah ketiak anda sambil memerah jusnya. Amalkan kaedah ini 2 kali seminggu dan InsyaAllah, masalah anda akan selesai.

Cubalah kaedah ini, InsyaAllah anda tidak akan kecewa kerana saya sendiri mengamalkannya.(^_^)