Halaman

Khamis, Januari 07, 2016

Azam 2016

Rasanya tak terlambat lagi nak tetapkan azam 2016.

AZAM 2016

1. Turunkan berat badan dari 66kg -----> 56kg by the end of december 2016.

2. Sediakan tabung khas (sebelum ni letak dalam sampul je) untuk:-
    a. Travel (2016 : Kundasang, Sabah)
    b. Car maintenance
    c. Ameer (before masuk TH)
    d. Roadtax (kereta & motor)
    e. Tabung kenaikan gaji tahunan (2015 : RM166.00)

Career development for this year? Hmm...ada certain training yang nak pergi. Pasal belajar pula just nak make sure tiada repeat paper sebab menyusahkan. Target next year KONVO! Dah boleh bayangkan I'm going up a stage and reaching out to receive a scroll. Hahaha. Amin!

#throwback : Bali, April 2015

Isnin, Januari 04, 2016

Salad Timun, Tembikai dan Keju Feta Bersama Limau Madu Dressing

Pagi ni sampai office terus capai majalah iSihat. Belek-belek tajuk yang menarik and end up dekat pages Menu Sihat. Resipi mudah and bahan-bahan pun senang nak cari (kebanyakannya memang ada dalam peti sejuk). Nak simpan resipi ni and jadikan favourite menu. 

Bahan-bahan:-

300g tembikai merah (dipotong dadu)
2 biji timun jepun (dipotong separuh bulat)
1 biji bawang besar merah (dihiris nipis)
200g Keju Feta (Feta is a brined curd white cheese made in Greece from sheep's milk, or from a mixture of sheep and goat's milk. Wikipedia)
3 sudu besar madu asli
2 sudu besar perahan air limau nipis
secukup rasa Garam Bukit

Cara nak sediakan:-

  1. Satukan bahan yang dipotong dadu (tembikai, timun dan keju) ke dalam mangkuk.
  2. Sediakan sos untuk perapan timun tersebut. Campurkan ke semua bahan tersebut (madu, air perahan limau nipis) dan kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali, tuangkan sos tersebut ke dalam mangkuk ketika hendak dihidangkan. Tabur garam bukit sebagai perasa asli
Salad ini sesuai dimakan waktu sejuk. 

Pic dari majalah iSihat Bil: 99

Ahad, Januari 03, 2016

Scrambled eggs

Pagi tadi tengok rancangan Food Network and suka dengan resipi mudah yang Sunny ajar. Nak simpan resipi ni utk buat bekal ameer and his mother at work.

Bahan

  1. Telur
  2. Mentega
  3. Susu segar
  4. Garam
  5. Serbuk lada 
  6. Tomato (kisar kasar)
Panaskan mentega dalam kuali sehingga cair. Campur telur, susu, garam, tomato dan lada hitam. Gaul hingga sekata. Lepas tu terus tuang dalam kuali. Stir slowly. :-D