Halaman

Isnin, Januari 04, 2016

Salad Timun, Tembikai dan Keju Feta Bersama Limau Madu Dressing

Pagi ni sampai office terus capai majalah iSihat. Belek-belek tajuk yang menarik and end up dekat pages Menu Sihat. Resipi mudah and bahan-bahan pun senang nak cari (kebanyakannya memang ada dalam peti sejuk). Nak simpan resipi ni and jadikan favourite menu. 

Bahan-bahan:-

300g tembikai merah (dipotong dadu)
2 biji timun jepun (dipotong separuh bulat)
1 biji bawang besar merah (dihiris nipis)
200g Keju Feta (Feta is a brined curd white cheese made in Greece from sheep's milk, or from a mixture of sheep and goat's milk. Wikipedia)
3 sudu besar madu asli
2 sudu besar perahan air limau nipis
secukup rasa Garam Bukit

Cara nak sediakan:-

  1. Satukan bahan yang dipotong dadu (tembikai, timun dan keju) ke dalam mangkuk.
  2. Sediakan sos untuk perapan timun tersebut. Campurkan ke semua bahan tersebut (madu, air perahan limau nipis) dan kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali, tuangkan sos tersebut ke dalam mangkuk ketika hendak dihidangkan. Tabur garam bukit sebagai perasa asli
Salad ini sesuai dimakan waktu sejuk. 

Pic dari majalah iSihat Bil: 99

Tiada ulasan:

Catat Ulasan